Pendekar Awang belum bersedia ceraikan Sayang - Utusan Malaysia

Pendekar Awang belum bersedia ceraikan Sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon Fattah Amin masih belum bersedia untuk menceraikan isterinya, Fazura.

Sehubungan itu, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, mengemukakan beberapa cadangan bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

“Defendan iaitu Fattah masih belum bersedia atau belum bersetuju untuk bercerai secara baik.

“Ini kerana pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan cara baik isu-isu semasa perkahwinan, sekiranya berlaju perceraian.

“Jadi perkara-perkara tersebut adalah perlu untuk pihak-pihak memuktamadkan terlebih dahulu agar pihak-pihak selepas ini tidak perlu untuk memanjangkan apa-apa perkara yang belum selesai.

“Semoga terma-terma penyelesaian boleh dimuktamadkan dan Fattah akan nyatakan pendiriannya pada 7 Oktober nanti sama ada bersetuju untuk bercerai secara baik (atau sebaliknya),”kata peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Pendekar Awang itu.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan filem terakhir lakonan pasangan itu yang mana Fattah memegang teraju utama dan Fazura memegang watak Sayang yang juga isteri kepada Pendekar Awang.

Sementara itu, peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, mengesahkan pigak menerina cadangan penyelesaian itu pada pagi ini.

“Kami baru menerima cadangan penyelesaian itu pagi ini daripada Fattah berkaitan permohonan (cerai). Disebabkan baru menerima pagi ini, kami masih belum sempat untuk baca dan berbincang.

“Cadangan-cadangan penyelesaian tidak boleh didedahkan sebab belum dimuktamadkan (tetapi) kita cuba selesaikan secara baik tanpa perlu melalui proses lain.

“Perbincangan itu adalah ubtuk mencari jalan penyelesaian termasuk keputusan berhubung permohonan tersebut (sama ada untuk bercerai atau tidak),”kata peguam itu.

Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh menetqpkan 7 Oktober ini u tuk sebutan semula permohonan bagi mengetahui status perbincangan berhubung cadangan penyelesaian itu.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Permohonan cerai itu difailkan melalui peguamnya tanpa kehadirannya di mahkamah.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya