Pencemaran bau: Tiga sekolah kekal laksana PdPR - Utusan Malaysia

Pencemaran bau: Tiga sekolah kekal laksana PdPR

SK Kampung Maju Jaya ditutup sejak tiga hari lalu susulan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Skudai yang terletak berhampiran sekolah tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga buah sekolah di daerah ini kekal melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada hari ini susulan pencemaran bau kimia yang dikesan sejak kelmarin di Sungai Skudai, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya; Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Penutupan ini melibatkan seramai 974 murid dan 64 guru SK Kampung Maju Jaya; 1,232 murid dan 92 guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, manakala 807 pelajar dan 75 guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Ketiga-tiga sekolah ini akan meneruskan pelaksanaan PdPR,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Kelmarin, SK Kampung Maju Jaya diarahkan tutup selepas beberapa murid sekolah itu dilaporkan mengalami gejala kesihatan akibat pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Episod pencemaran bau di negeri bermula Selasa lalu apabila penduduk Kampung Melayu Pandan, di sini mengalami pening dan loya disebabkan pencemaran bau kimia yang turut menyebabkan sebuah tadika dan sekolah agama diarahkan tutup.

Pencemaran tersebut turut dilaporkan berlaku di tiga taman perumahan di Johor Bahru, iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN