Pencemaran bau: Tiga sekolah diarah tutup - Utusan Malaysia

Pencemaran bau: Tiga sekolah diarah tutup

PENGAWAL keselamatan, Marsita Mustafa menutup pagar SK Kampung Maju Jaya yang diarah tutup susulan terkesan akibat pencemaran bau kimia di Sungai Tebrau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga buah sekolah di daerah ini diarahkan tutup hari ini susulan terjejas akibat pencemaran bau di kawasan Tebrau, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, tiga sekolah itu melibatkan sebuah sekolah kerajaan dan dua buah sekolah swasta, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya; Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Penutupan ini melibatkan seramai 974 murid dan 64 guru SK Kampung Maju Jaya; 1,232 murid dan 92 guru di Sekolah Rendah Islam Hidayah, manakala 807 pelajar dan 75 guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

“Ketiga-tiga sekolah ini akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, SK Kampung Maju Jaya diarahkan tutup pada pukul 1 petang selepas beberapa murid  dilaporkan mengalami gejala kesihatan akibat pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Beberapa hari lalu, media melaporkan beberapa kawasan di Skudai turut terjejas dengan insiden pencemaran bau akibat pembuangan sisa kimia dikenal pasti sebagai ammonia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN