Pencemaran bau: Perintah reman pemandu, kelindan lori disambung enam hari - Utusan Malaysia

Pencemaran bau: Perintah reman pemandu, kelindan lori disambung enam hari

PERINTAH tahanan reman terhadap seorang dan kelindan lori (dua di hadapan) yang disyaki menyebabkan pencemaran bau kimia di Kota Tinggi disambung enam hari oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perintah tahanan reman seorang pemandu lori dan kelindannya yang  disyaki membuang bahan kimia sehingga menyebabkan pencemaran bau di Sungai Linggiu, Kota Tinggi, dua minggu lalu disambung selama enam hari lagi bermula hari ini.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Johor Bahru, Nurul Farahah Mohd. Suah selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna ungu.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam di sebuah pangsapuri di daerah ini Isnin lalu kerana disyaki melakukan pembuangan bahan kimia sehingga menyebabkan pencemaran bau kimia berhampiran Kampung Orang Asli Pasir Intan, Kota Tinggi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Awal bulan ini, beberapa kawasan di daerah ini seperti di Kampung Melayu Pandan, Taman Daya, Mount Austin, Taman Istimewa, Johor Jaya, Kempas dan Skudai dikesan berlakunya pencemaran bau kimia.

Isu pencemaran bau itu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengarahkan pihak berkuasa mengesan pelakunya sehingga ke lubang cacing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN