Pencemaran bau busuk akibat gas ammonia – JAS

Pencemaran bau busuk akibat gas ammonia – JAS

ANGGOTA JAS Johor mengambil sampel air Sungai Pandan sambil diperhatikan oleh Mohd. Rashdan Topa (kiri) bagi mengenal pasti punca pencemaran bahan kimia di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri ini di Kampung Melayu Pandan, di sini mendapati kehadiran gas ammonia yang tinggi disyaki menjadi punca berlaku pencemaran bau di beberapa kawasan sekitar, kelmarin.

Timbalan Pengarah Kanannya, Mohd. Rashdan Topa berkata, kehadiran gas ammonia itu dikesan menerusi ujian menggunakan alat pengukur gas dan pemantauan hari ini mendapati bacaan gas ammonia di kawasan tersebut semakin berkurangan.

Katanya, pengawasan kualiti air di Sungai Pandan kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin mendapati bacaan parameter bacaan oksigen terlarut (DO) adalah rendah.

“Kita menerima laporan mengenai pencemaran bau adalah pada tengah malam kelmarin dan bacaan tertinggi yang direkodkan adalah pada pukul 2 petang, iaitu bacaan melebihi AEGL 1 (tahap kepekatan udara selamat). Pengawasan kualiti udara yang dijalankan oleh JAS di Sungai Pandan pada pukul 1.10 pagi tadi mendapati bacaan kepekatan ammonia dan lain-lain parameter adalah normal,” katanya dalam sidang akhbar di Kampung Melayu Pandan, di sini semalam.

Bau kimia yang kuat di kawasan Kampung Melayu Pandan menyebabkan sebuah tadika dan sekolah agama di kawasan berhampiran ditutup.

Rashdan berkata, sampel air Sungai Pandan dan tanah telah dihantar ke Jabatan Kimia negeri bagi mengenal pasti kandungan bahan kimia lain yang masih belum dikenal pasti jenisnya dan berharap keputusan itu dapat diketahui dalam masa terdekat bagi membantu siasatan tentang punca pencemaran.

Selain pemantauan dari darat, JAS turut menggunakan dron di sepanjang dua kilometer aliran Sungai Pandan bagi mengesan sejauh mana sungai itu tercemar sehingga airnya berubah warna menjadi kehitaman.

Katanya, pemeriksaan premis itu turut melibatkan loji-loji kumbahan selain kilang yang menggunakan ammonia seperti kilang baja dan ais.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya