KOTA TINGGI: Seorang pengarah dan pemegang saham sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas pertuduhan bersubahat menyebabkan mudarat terhadap perkhidmatan air di Bandar Tenggara pada 4 September lalu. Tertuduh, Tan Eng Yong, 41, merupakan warga Singapura dan Lau Kam Wai, 53, warga tempatan bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Hayda Faridzal Abu Hasan. Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa bersubahat dengan R. Navaraj, 23, K. Prasanth, 28, dan K. Jaya Kumar, 52, secara tidak langsung melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya