Pencari emas maut tertimbus

Pencari emas maut tertimbus

ANGGOTA pasukan keselamatan bersiap sedia untuk membawa keluar mayat  lelaki yang ditemukan tertimbus semasa mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor, Tanah Merah, Kelantan-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang pencari emas ditemukan maut selepas tertimbus semasa melakukan kerja-kerja tersebut Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang Pegawai Bomba Tertinggi II Disagar Mani Mustafa berkata, mangsa yang maut itu berusia 56 tahun dan merupakan warga tempatan.

“Kita (bomba) terima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada polis pada pukul 4.11 petang.

“Setiba dilokasi, anggota bertugas telah melaksanakan kerja-kerja mencari mangsa kawasan tersebut yang digenangi air sedalam 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Disagar Mani memberitahu, bagaimanapun khidmat jengkaut terpaksa digunakan dalam melancarkan kerja-kerja mencari mayat mangsa.

Katanya, mayat mangsa telah ditemukan pada pukul 5.56 petang.

“Semasa dibawa keluar, mayat itu sudah membengkak. Mengikut maklumat keluarga, mangsa sudah empat hari tidak pulang ke rumah.

“Mangsa dikatakan tidak pulang sejak Selasa lalu,” ujarnya.

Disagar Mani memberitahu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN