Pemuda parah diserang beruang meninggal dunia

Pemuda parah diserang beruang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemuda yang sebelum ini parah diserang seekor beruang semasa keluar memikat burung di Kampung Dalam Senduk, Jerek, Gua Musang meninggal dunia awal pagi tadi.

Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, menghembus nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di sini selepas enam hari bertarung nyawa.

Adik mangsa, Siti Jamilah,22, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, ketika ini jenazah sudah dibawa pulang ke Jerek untuk urusan pengkebumian.

Utusan Online pada 9 September lalu melaporkan, seorang pemuda parah selepas diserang seekor beruang semasa keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Jerek di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, mengalami kecederaan di kaki, luka di betis dan mata akibat selain terkoyak pada bahagian kepala akibat dicakar haiwan tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN