Pemuda ditahan cuba edar rokok seludup - Utusan Malaysia

Pemuda ditahan cuba edar rokok seludup

KERETA Toyota Avanza yang digunakan oleh seorang pemuda membawa rokok seludup di Jalan Salleh, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Cubaan seorang pemuda untuk mengedar dan memasarkan rokok gagal apabila dia ditahan semasa memandu sebuah kenderaan di Jalan Salleh, di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan semasa berada di dalam Toyota Avanza yang membawa rokok seludup itu pada pukul 3 petang, kelmarin.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun. Hasil siasatan dan pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenama rokok dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Pihak kita telah merampas sebanyak 830 kotak rokok pelbagai jenama, sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza, wang tunai dan sebuah telefon bimbit dengan anggaran nilai keseluruhan RM176,462,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, suspek yang bekerja sebagai penghantar barang disyaki terlibat dalam penyeludupan rokok itu

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai amaun duti kastam atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya