Pemuda diserang beruang jalani pembedahan

Pemuda diserang beruang jalani pembedahan

KEADAAN mangsa yang selepas diserang seekor beruang dalam kejadian Kampung Dalam Senduk, Jerek, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pemuda, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, yang parah diserang beruang semasa keluar memikat burung dalam kejadian di Kampung Dalam Senduk, Jerek di sini telah menjalani pembedahan di Hospital Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian.

Adik mangsa, Siti Jamilah Che Mohamed, 22, berkata abangnya itu telah dibawa masuk ke bilik pembedahan untuk menjalani proses tersebut kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurutnya, difahamkan pembedahan itu mengambil masa sehingga lebih lima jam.

“Saya harap orang ramai dapat doakan pembedahan abang berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan berkait kes berkenaan.

Katanya, aduan terakhir yang diterima berkaitan beruang di sekitar Kampung Jerek pada 3 September lalu. 

“Keesokan harinya (4 September), satu perangkap beruang sudah dipasang di Kampung Kaling, Jerek yang jaraknya kira-kira dua kilometer daripada kejadian semalam,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, seorang pemuda parah selepas diserang seekor beruang semasa keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Jerek di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, mengalami kecederaan di kaki, luka di betis dan mata akibat selain terkoyak pada bahagian kepala akibat dicakar haiwan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN