Pemilik restoran tampal laporan polis nafi ada kaitan dengan GISBH - Utusan Malaysia

Pemilik restoran tampal laporan polis nafi ada kaitan dengan GISBH

LOGO GISBH pada papan tanda restoran GISBH di Seremban 2, Seremban yang telah diturunkan.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH) di Seremban 2 di sini dilihat telah menurunkan logo syarikat mereka selain menampal laporan polis mendakwa tidak menggunakan ‘air berkat’.

Berdasarkan laporan polis yang ditampal di pintu premis, pemiliknya memaklumkan laporan itu dibuat selepas terdapat pemilik akaun Facebook yang  menyatakan setiap premis menggunakan perkataan Ikhwan telah menggunakan ‘air berkat’ untuk menarik pelanggan.

Pemilik premis itu turut mendakwa, kedai-kedai Ikhwan adalah berlainan pemiliknya dan restoran mereka tiada kaitan dengan syarikat yang didakwa.

“Disebabkan kedai kami menggunakan perkataan Ikhwan, sedikit sebanyak telah mendatangkan kesan terhadap perniagaan kami.

“Ini kerana masyarakat beranggapan semua kedai bernama Ikhwan adalah sama dan dengan ini saya ingin menafikan tuduhan yang telah dilemparkan terhadap kedai kami,” katanya.

Tinjauan mendapati terdapat empat salinan laporan polis yang ditampal pada pintu restoran berkenaan. Bagaimanapun, premis itu difahamkan telah ditutup sejak minggu lalu.

Antara aktiviti perniagaan lain dijalankan di GISBH di sekitar Seremban 2 ialah kedai runcit, bakeri dan warung menjual kuih.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya