Pembinaan Bangunan Guna Sama Tunjong dipercepat

Pembinaan Bangunan Guna Sama Tunjong dipercepat

NIK Nazmi Nik Ahmad (tiga kanan) beramah mesra dengan pemimpin agama masyarakat Buddha di Wat Ariyakiri, Kampung Aril, Melor, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pembinaan Bangunan Guna Sama Tunjong di sini yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dipercepatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan (JTPNGK) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mengikut perancangan projek diatas tapak seluas 10.9 hektar itu akan siap pada tahun ini.

“Projek ini bertujuan untuk menempatkan semula semua pejabat-pejabat kerajaan yang kini berada di Wisma Persekutuan.

“Pada masa sama, kita akan turut menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang menyewa di premis swasta,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Angkat Madani di Aril, Melor  di sini hari ini.

Nik Nazmi memberitahu, selain empat blok bangunan lapan tingkat kawasan ini turut dilengkapi dengan tadika, taska, kantin dan surau.

Katanya, dengan siapkan projek itu nanti ia akan memberikan lebih banyak manfaat ekonomi khususnya di kawasan Tunjong.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN