Pembantu kedai rugi lebih RM100,000 tertipu pelaburan palsu - Utusan Malaysia

Pembantu kedai rugi lebih RM100,000 tertipu pelaburan palsu

MOHAMMAD SHOFEE TAYIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Seorang pembantu kedai mengalami kehilangan lebih RM100,000 akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam  talian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, lelaki berusia 27 tahun itu berminat membuat pelaburan dalam MC Metal Globaltrade (MC Marketing) yang dilihatnya menerusi laman sosial Facebook pada 1 September lalu.

Menurutnya, suspek telah menawarkan keuntungan yang tinggi berjumlah RM432,649,96 dalam tempoh 30 minit setelah membuat pembayaran modal dengan kadar RM500 bermula 1 September.

“Mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek telah membuat beberapa bayaran modal sehingga RM109,735.99  ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek. Mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak diberikan kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mangsa membuat laporan polis semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Mohammad Shofee mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya  dengan pelbagai janji dan pulangan lumayan agar tidak menjadi mangsa penipuan.

“Orang ramai diminta lebih cakna dan mengambil tahu mengenai perkembangan jenayah komersial bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan seperti itu,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN