Pemandu lori terlibat nahas 10 kenderaan direman dua hari - Utusan Malaysia

Pemandu lori terlibat nahas 10 kenderaan direman dua hari

SEORANG lelaki yang merupakan pemandu lori dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi permohonan reman terhadapnya bagi membantu siasatan kes kemalangan di Jalan Seremban-Tampin semalam membabitkan 10 buah kenderaan termasuk dua lori sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu kereta.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu lori yang dipercayai menjadi punca berlakunya kemalangan melibatkan dua buah lori dan lapan buah kereta yang mengakibatkan kematian seorang lelaki di Jalan Seremban-Tampin semalam direman selama dua hari untuk membantu siasatan.

Permohonan reman terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dibuat di hadapan Majistret, Marlissa Mohd. Fahmy di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, hasil ujian urin ke atas pemandu lori jenis Hino berkenaan mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine. 

“Lelaki ini akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis sudah menahannya semalam dan permohonan reman dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Seremban dan reman dibenarkan selama dua hari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika semua kenderaan bergerak perlahan di lokasi sebelum lori dipandu lelaki berkenaan datang dari arah belakang. 

Mohamad Hatta berkata, lori yang membawa muatan batu gunung dari arah Tampin ke Seremban dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar kenderaan yang berada di hadapannya. 

Akibat kemalangan itu, kenderaan lain dikatakan melanggar satu sama lain. 

Seorang lelaki berusia 31 tahun yang memandu kereta jenis Proton Iswara disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit di di dalam kereta kerana dihempap lori itu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya