Pelebaran Jalan Stesen, Ismail atasi kesesakan - Ahmad - Utusan Malaysia

Pelebaran Jalan Stesen, Ismail atasi kesesakan – Ahmad

AHMAD Maslan (dua dari kanan) menunjukkan rangka kerja pembesaran jalan Jalan Batu Pahat-Mersing di Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pelebaran jalan di tapak bekas pagar landasan kereta api berhampiran Jalan Stesen dan Jalan Ismail mampu mengatasi isu kesesakan trafik di Jalan Mersing. 

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan kerja pelebaran jalan yang menelan kos RM500,000 itu akan bermula awal Oktober ini dan dijangka siap kira-kira dua bulan. 

Menurutnya,  peruntukan bagi projek itu telah diluluskan awal bulan ini, namun kerja-kerja pelebaran jalan tidak dilakukan pada masa ini bagi mengelakkan kesesakan bertambah teruk berikutan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang sedang berlangsung.

“Sebagai maklumat, semua projek yang telah dan akan dilaksanakan di Kluang ini telah pun diluluskan sebelum berlakunya pilihan raya lagi,” katanya ditemui selepas meninjau projek pembesaran jalan di Jalan Batu Pahat – Mersing, di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad  berkata, hingga kini sejumlah RM4.5 juta peruntukan khas diberikan untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan Batu Pahat – Mersing yang telah bermula 5 September lalu dan dijadualkan siap pada November ini.

“Fokus berterusan terhadap jalan raya ini merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membina rangkaian jalan raya selaras dengan hasrat Program MYJalan yang ingin menyediakan infrastruktur selesa dan selamat kepada semua rakyat secara konsisten. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN