Pelajar India tercicir berpeluang sertai TVET - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Pelajar India tercicir berpeluang sertai TVET – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India di Pusat Gerakan Barisan National di Taman Sri Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Anak kaum India yang tercicir dalam pelajaran termasuk tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tanpa menduduki ujian bertulis seperti kebiasaannya. 

Dengan adanya peluang itu, mereka turut berpeluang melangkah ke institusi pengajian tinggi (IPT) setelah menamatkan pembelajaran dengan jayanya dalam bidang TVET. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peluang itu juga diberikan kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang parti. 

“Mereka tidak mengambil SPM berkemungkinan tiada kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira selain terpaksa kerja sendiri. 

“Oleh yang demikian, semua pihak diseru untuk bersama saya memastikan tidak berlaku keciciran dalam kalangan murid di negara ini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India DUN Mahkota di Pusat Gerakan Barisan National di Taman Sri Kluang, di sini malam ini. 

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Menurut Zahid, pihaknya juga sudah berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya satu ujian khas tanpa bertulis kepada para pelajar tersebut dapat dilaksanakan bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dalam bidang TVET. 

Katanya, program tersebut akan dimulakan akhir tahun ini untuk memberi peluang kepada pelajar yang tercicir atau tidak berminat meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. 

“Oleh yang demikian, walaupun tiada SPM, tidak bermakna Tmtiada hari esok kerana dengan adanya pembelajaran dalam TVET ini diyakini mampu mengubah kehidupan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya