PDRM-SKMM bekerjasama pantau gerakan ekstremis, jenayah

PDRM-SKMM bekerjasama pantau gerakan ekstremis, jenayah di media sosial

AYOB Khan Mydin Pitchay menerima tabik hormat pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam ke-20 2024 di Dataran Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengekang sebarang gerakan ekstremis di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pemantauan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (SB).

“Kedua, kita juga bekerjasama dengan JAKIM dan ketiga, kita bekerjasama dengan SKMM untuk mendapatkan bantuan untuk menurunkan, menyekat, atau untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung sesuatu posting (hantaran di media sosial). Kita memang ada kerjasama yang rapat.

“Jika dahulu, cara merekrut ahli kumpulan militan, format dan caranya lain. Tetapi kini semuanya menerusi media sosial. Oleh itu, kita fokus kepada aspek tersebut dengan kerjasama mantap pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Perbarisan dan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswi Universiti Awam ke -20 Tahun 2024 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Beliau mengakui penggunaan media sosial termasuk Telegram turut disalah gunakan untuk kegiatan jenayah seperti perjudian dalam talian, pornografi kanak-kanak dan penipuan.

“Tapi isu ini sukar dikawal kerana tidak terikat dengan kita dan sebab itu kerajaan melesenkan (platform media sosial) untuk memudahkan pemantauan, banyak negatif daripada positif,”katanya.

Media semalam melaporkan aplikasi Telegram dikenal pasti PDRM sebagai medium paling banyak digunakan dalam penipuan pelaburan melibatkan 1,346 kes dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Jumlah itu daripada 16 medium dikesan pihak polis sejak 1 Januari hingga 31 Ogos lalu melibatkan  keseluruhan kes sebanyak 3,863.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporka berkata, dalam tempoh terbabit, sebanyak 3,863 kes penipuan pelaburan dicatatkan dengan kerugian kira-kira RM483.9 juta.

Katanya, selain Telegram, pihaknya mendapat Facebook dan Whatsapp masing-masing merekodkan 948 dan 873 kes.

“Ia diikuti Instagram (146), bersemuka (96), aplikasi temujanji sosial (61) serta lain-lain (393) termasuk WeChat, laman web dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN