Pasar Kedai Payang 1 kembali meriah

Pasar Kedai Payang 1 kembali meriah

NUR Fatihah Othman (kanan) melayan pelanggan yang mengunjungi premisnya di Pasar Kedai Payang 1, Kuala Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Peniaga di bangunan baharu, Pasar Kedai Payang 1 di sini kembali tidak menang tangan menerima kehadiran pengunjung sejak dibuka 1 Ogos lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kompleks perniagaan tersebut semakin meriah dengan jumlah pengunjung meningkat terutama pada cuti sempena Hari Kebangsaan 2024, baru-baru ini.

Peniaga barangan dapur, Wan Saidah Wan Abdul Ghani, 38, berkata, pada dua minggu pertama berniaga, pengunjung agak kurang kerana masih tertumpu ke Pasar Kedai Payang 2 terletak bersebelahan.

“Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, jumlah pengunjung semakin ramai dan kami optimis jumlahnya akan terus meningkat.

“Peniaga batik sutera dan songket pula akan berpindah masuk mulai 8 September nanti dan saya yakin Pasar Kedai Payang 1 akan terus meriah,” katanya ketika ditemui di sini.

Peniaga kraftangan dan cenderahati, Nur Fatihah Othman, 26, pula berkata, mereka kini mampu menarik nafas lega kerana jualan kembali meningkat sepanjang cuti persekolahan baru-baru ini.

Menurutnya, ketika mula berpindah ke kompleks tersebut, ramai peniaga bimbang perniagaan mereka terjejas.

“Namun, kebimbangan kami beransur reda setelah melihat sambutan memberangsangkan daripada pelancong dan kami berharap trend ini akan berkekalan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya