Para Sukma 2024: Pahang berjaya kutip 15 pingat emas, lepasi 10 sasaran ditetapkan - Utusan Malaysia

Para Sukma 2024: Pahang berjaya kutip 15 pingat emas, lepasi 10 sasaran ditetapkan

FADZLI Mohamad Kamal (tengah) melepaskan peserta larian Festival Pengakap Antarabangsa Pahang 2024 (PISSF 2024) di Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Skuad para Pahang yang menyertai Para Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak sudah pun memperoleh 15 pingat emas setakat hari ini melepasi sasaran 10 pingat emas yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, ia pencapaian terbaik Pahang di luar negeri ini berbanding sembilan pingat sebelum ini.

“Kita juga ada potensi untuk memungut dua lagi emas hari ini dan diharap mampu dicapai,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Festival Pengakap Antarabangsa Pahang 2024 (PISSF 2024) di Stadium Darul Makmur di sini hari ini.

Fadzli berbangga dengan pencapaian atlet para negeri ini kerana mampu mencipta kejayaan walaupun serba kekurangan.

“Kejayaan mereka (atlet para) pada hari ini membuktikan tidak mustahil boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan.

“Justeru, kerajaan Pahang akan bersama dengan atlet Para Sukma ini dan insya-Allah akan ada perubahan yang akan saya maklumkan kemudian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya