TEMERLOH: Pertubuhan Kebajikan Komuniti Jahut Pahang (PKKJP) dan Majlis Batin-Batin Negeri Pahang menolak penubuhan Pahang Orang Asli Corporation Sdn. Bhd. (Oraco) kerana syarikat itu didakwa bakal merampas hak ekonomi Orang Asli di negeri ini. Pengerusi PKKJP Rosli Pantang, 45, mendakwa, pihaknya tidak bersetuju dengan Oraco untuk mengambil pengurusan ladang Tanaman Semula Komersial (TSK) dan Tanaman Semula Berkelompok (TSB) membabitkan getah dan sawit kerana peserta selepas ini hanya akan memperoleh 25 peratus manakala bakinya 75 peratus bakal dimiliki syarikat kerajaan negeri tersebut. “Semasa pengurusan Risda Plantation Sdn. Bhd. (RPSB), peserta TSK…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya