Operasi tangkap gajah dimulakan serta-merta - Exco - Utusan Malaysia

Operasi tangkap gajah dimulakan serta-merta – Exco

KAWASAN hutan belukar di belakang SK LKTP Tenggaroh 5, lokasi seorang tukang kebun maut diserang seekor gajah liar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Operasi menangkap gajah dijalankan serta-merta bagi memastikan keselamatan penduduk setempat susulan serangan binatang liar itu sehingga meragut nyawa seorang tukang kebun di belakang Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Tenggaroh 5, dekat sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar serta Taman Negara (Perhilitan) negeri dan Pejabat Perhilitan Mersing akan terus menjalankan kawalan dan pemantauan di kawasan Felda berkenaan. 

“Saya menggesa orang ramai untuk tidak mendekati hidupan liar, sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan sebarang aktiviti hidupan liar yang membahayakan dan memberi ancaman kepada penduduk kepada pihak berkuasa. 

“Keselamatan komuniti dan hidupan liar adalah keutamaan bersama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tian Soon turut mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa kejadian serangan gajah tersebut dengan seorang telah meninggal dunia, manakala seorang lagi pekerja mengalami kecederaan parah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi semalam,  Mohamad Syafik Yakob, 31, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaroh 2 selepas mengalami kecederaan pada bahagian leher kiri dan dada kiri akibat diserang seekor gajah liar.

Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala, pendarahan dalam perut serta patah tulang pinggul dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN