Op Global: 10 kanak-kanak OKU, 179 alami kecederaan fizikal, emosi - Utusan Malaysia

Op Global: 10 kanak-kanak OKU, 179 alami kecederaan fizikal, emosi

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 10 daripada 402 kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam serbuan di 20 rumah amal di bawah GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISB) dihantar ke rumah pelindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapati mereka adalah orang kelainan upaya (OKU) termasuk autisme.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua kanak-kanak itu ditempatkan di Bukit Beruntung, Cheras dan Seremban sebaik sahaja saringan kesihatan dilakukan terhadap mereka.

Kata beliau, pada mulanya, seramai 402 kanak-kanak diselamatkan pada Rabu lalu menerusi Op Global di Selangor dan Negeri sembilan.

Jelas beliau, hasil saringan awal, sebanyak 392 kanak-kanak adalah mangsa eksploitasi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 202 orang adalah lelaki manakala perempuan 190 orang. 

“Proses saringan kesihatan telah dijalankan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

“Proses ini dibuat bagi saringan kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan mangsa yang diselamatkan dari segi mental dan fizikal berada dalam keadaan baik dan terkawal,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, setakat saringan kesihatan dilaksanakan, seramai 172 dikesan mempunyai kesan kecederaan fizikal lama selain terjejas dari segi emosi.

Jelas beliau, daripada jumlah ini, mangsa terdiri daripada 130 lelaki dan 42 perempuan.

“Oleh yang demikian, terdapat keperluan untuk menjalankan penilaian lanjut dari segi kesihatan mental terhadap mangsa-mangsa tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN