KANGAR: Guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Putra mengambil inisiatif menghasilkan Jalur Gemilang gergasi menggunakan teknik cap atau mengecap menggunakan daun pokok mempelam harumanis dan potongan pelepah pisang. Ia sebagai salah satu inisiatif sempena penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah itu selain memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Penghasilan Jalur Gemilang gergasi tersebut bertemakan nombor 67 bersempena bilangan ulang tahun kemerdekaan negara. Guru Besar SK Putra, Ahmad Juanda Sakaria berkata, sebanyak 67 daun mempelam harumanis dan potongan pelepah pisang digunakan bagi menghasilkan Jalur Gemilang gergasi menggunakan teknik cap pada kain putih.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya