NGO beri sumbangan kereta bantu pemuda dapatkan rawatan ibu - Utusan Malaysia

NGO beri sumbangan kereta bantu pemuda dapatkan rawatan ibu

SYED Alwi Syed Jaafar (dua dari kiri) menyerahkan kunci kereta kepada Khuzaifah di Kampung Sungai Mahanh, Nilai, Seremban untuk kegunaan mendapatkan rawatan susulan buat ibu pemuda tersebut.-UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi seorang penduduk, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Nilai di sini tampil membantu dengan menyumbangkan sebuah kereta bagi kegunaan pemuda terbabit

Pengerusi Pertubuhan Sepakat Nilai, Syed Alwi Syed Jaafar berkata, pihaknya menyumbangkan sebuah kereta Proton Persona bagi kegunaan anak sulung daripada tiga beradik, Khuzaifah Zahari, 34, bagi memudahkan urusan pengangkutan bagi menghantar ibu pemuda terbabit bagi mendapatkan rawatan kesihatan susulan pelbagai penyakit kronik dihadapi.

“Hampir tiga tahun, dia menggunakan perkhidmatan e-hailing ke hospital untuk mendapatkan rawatan ke atas ibunya dan ia menelan kos perbelanjaan yang sangat tinggi.

“Dengan sumbangan kereta ini, saya harap ia dapat mempermudahkan urusan ibunya yang sakit,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Khuzaifah memberitahu, bantuan yang diterimanya itu sangat dihargai terutama bagi mengurangkan beban perbelanjaan yang perlu dihadapinya.

“Ibu saya, Roslinah A. Kadir, 64, menghidap penyakit barah payu dara, kencing manis dan buah pinggang dan memerlukan rawatan susulan tiga atau empat kali dalam sebulan. Saya tidak mempunyai kenderaan sendiri, jadi terpaksa menggunakan perkhidmatan kereta e-hailing. 

“Sudah tiga tahun juga saya saya berulang-alik dari rumah di Kampung Sungai Mahang ke hospital dan klinik kesihatan dan ia menelan belanja tinggi iairtu sekitar RM600 setiap bulan. 

“Pendapatan saya hanya sekadar sekitar RM1,800 sahaja, bagaimanapun ini tanggungjawab yang perlu saya pikul selepas bapa meninggal dunia empat tahun lalu dan sumbangan kereta ini sudah tentu membantu meringankan beban saya,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya