GUA MUSANG: Ibu bapa yang menghantar anak mereka di sebuah sekolah rendah di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini bimbang apabila lebih 10 lori berulang-alik pada waktu puncak sesi persekolahan. Mereka mendakwa lori-lori itu yang membawa balak atau tanpa muatan melalui jalan tersebut ketika murid pulang dari sekolah bermula pukul 12 tengah hari sehingga 2 petang. Suri rumah, Emma Iman, 32, berkata, dia bimbang setiap kali berselisih dengan lori yang membawa muatan balak. Katanya, dia berharap pihak berkuasa dapat mengehadkan aktiviti dan waktu perjalanan kenderaan berat dengan tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya