Nelayan Kelantan hanya tangkap 10,549 metrik tan

Nelayan Kelantan hanya tangkap 10,549 metrik tan

MUHAMMAD Faiz Fadzil (dua kiri) menyerahkan peralatan kepada nelayan sempena Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di LKIM Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendedahkan nelayan di sini hanya menangkap ikan sekitar 10,549 tan metrik sekali gus meletakan Kelantan berada di kedudukan ke-10 daripada 13 negeri seluruh Malaysia.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, jumlah itu jauh ketinggalan berbading Perak iaitu 223,857 tan metrik yang menduduki tempat pertama memperoleh tangkapan hasil tertinggi.

Menurutnya, jumlah tangkapan rendah itu disebabkan 80 peratus daripada 3,613 orang adalah nelayan pesisir pantai.

“Sumber ikan di negeri ini cukup berpotensi lautnya yang luas iaitu Laut China Selatan, namun tidak mempunyai kekuatan vesel seperti nelayan di Perak dan Sabah,

“Nelayan di sini hanya gunakan pusat dan hasilnya menjadi sedikit,” katanya pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di LKIM Kuala Besar di sini hari ini.

Muhammad Faiz memberitahu, walaupun Kelantan mempunyai pelabuhan pendaratan ikan yang canggih di Tok Bali, Pasir Puteh namun jumlah vesel C atau C2 sangat rendah.

Katanya, LKIM perlu melipat gandakan usaha untuk merangsang lebih banyak kapal-kapal C atau C2 mendarat di Tok Bali.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN