Negeri Sembilan terperosok ke tangga terbawah Liga Super

Negeri Sembilan terperosok ke tangga terbawah Liga Super

PEMAIN Kelantan Darul Naim FC meraikan gol kemenangan jaringan Oday Ali Abdulrahim Kharoub pada perlawanan Liga Super bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini.UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) terhumban ke tangga tercorot Liga Super selepas tumpas kepada Kelantan Darul Naim FC, dengan keputusan 2-3, dalam saingan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dekat sini malam tadi.

Kemenangan itu ternyata menggembirakan pasukan dari Pantai Timur itu yang telah menduduki tangga ke-13 liga sejak awal musim dengan hanya mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan.

Pasukan pelawat mempamerkan keazaman untuk mencatat kemenangan sejak perlawanan bermula.

Hasilnya, meeka berjaya mengejutkan tuan rumah dengan gol pada minit ke-14 yang terhasil daripada sepakan deras Mohamad Hakimi Abdullah dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol NSFC, Muhamad Aqil Abdul Razak.

Barisan pertahanan NSFC terus dipaksa bekerja keras mengekang asakan Kelantan Darul Naim FC dan akhirnya pelawat memperoleh gol kedua pada minit ke-36 ketika keadaan kelam kabut di depan pintu gol tuan rumah.

Gol pelawat dijaringkan menerusi tandukan pemain import mereka dari Korea Selatan, Kim Likwan. Kedudukan 2-0 memihak Kelantan Darul Naim kekal hingga tamat separuh masa.

PEMAIN Negeri Sembilan FC kecewa selepas gawang mereka dibolosi pada minit terakhir dalam perlawanan Liga Super bertemu Kelantan Darul Naim FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini.UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Tuan rumah berpeluang merapatkan kedudukan melalui selepas dianugerhakan sepakan penalti pada minit ke-60 namun ia disia-siakan oleh penyerang import baharu mereka dari Brazil, Ricardo Pires Santos.

Bagaimanapun, NSFC sekali lagi dianugerah penalti pada minit ke-83. Namun kali ini, Jaque Faye tidak melakukan kesilapan untuk gol pertama pasukannya.

Kedudukan bertambah sengit apabila tuan rumah berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-88 hasil tandukan pemain tengah, Sebastian Avanzini.

Kegembiraan itu bagaimanapu tidak lama selepas Oday Ali Abdalrahim menjaringkan gol kemenangan pelawat pada masa kecederaan. Sehingga tamat perlawanan, keputusan memihak pasukan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 3-2.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya