Pesawah lega baja tiba tepat masa

Pesawah lega baja tiba tepat masa

BEKALAN baja padi yang tiba untuk diagih-agihkan kepada pesawah di Sungai Manik di Pasir Salak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pesawah di Su­ngai Manik yang tanaman mereka terjejas berikutan kelewatan menerima bekalan baja padi lega apabila bekalan itu sudah tiba kelmarin.

Baja padi yang dibekalkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) itu dibawa ke Sungai Manik dan diagihkan kepada pesawah.

Baja yang dibawa menggunakan lori akan diagih-agihkan kepada pesawah dianggarkan 100 tan sehari yang diagihkan untuk kegunaan seluas kira-kira 2,000 hektar sawah di sekitar Sungai Manik.

Wakil pesawah di Sungai Manik, Fikri Mohamed Amin, 36, berterima kasih kepada Nafas kerana segera menghantar baja untuk keperluan pesawah di sini.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima bekalan baja, pesawah terus menabur baja di sawah masing-masing bagi memastikan padi yang baru dita­nam tidak terjejas.

“Kami amat berterima kasih kepada Nafas yang bertindak segera mengatasi masalah kelewatan menghantar bekalan baja untuk kami di sini.

“Baja yang dibekalkan ini secara berperingkat iaitu 100 tan sehari dan mengikut jadual penghantaran, dijangka antara 2,000 atau 3,000 tan baja untuk pesawah di sini.

“Kami berharap kelewatan sebegini tidak akan berulang kerana ia boleh menjejaskan hasil padi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, kelewatan pembekalan baja kepada pesawah musim ini berpunca daripada kelewatan tawaran kontrak baharu, Surat Setuju Terima (SST) pembekalan baja kepada Nafas untuk disalurkan kepada pesawah.

Menurutnya, kontrak ini di­perbaharui setiap lima musim iaitu dalam tempoh dua tahun setengah kepada Nafas berakhir pada Jun lalu.

Katanya, namun SST hanya diberikan kepada Nafas pada September setelah musim baru bermula.

Kelewatan pembekalan baja di kawasan Seberang Perak, Utara Selangor dan Utara Perak memberi risiko kemerosotan hasil sehingga 40 peratus.

Di kebanyakan kawasan, usia anak padi telah menjangkau 15 ke 20 hari dan tempoh itu memang memerlukan bekalan baja secukupnya bagi mengelak pertumbuhan terbantut.

Nafas mempunyai bekalan baja yang cukup, hanya tidak dapat disalurkan kerana tiada perjanjian SST antara kedua-dua pihak.

Pesawah di sini mula menabur benih padi pada pertengahan Ogos lalu dengan harapan baja dapat diperoleh pada September namun berlaku kelewatan penghantara baja kepada pesawah di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya