Mpox: Congo mula vaksin 2 Oktober depan - Utusan Malaysia

Mpox: Congo mula vaksin 2 Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINSHASA: Republik Demokratik Congo (Congo) akan memulakan kempen vaksinasi mpox pada 2 Oktober ini, hampir seminggu lebih awal daripada yang dirancang sebelum ini.

Penyelaras Jawatankuasa Tindakan Mpox Congo, Cris Kacita Osako semalam berkata, negara ini pada mulanya bercadang untuk melancarkan vaksinasi pada 8 Oktober selepas menerima penghantaran pertama dos mpox minggu lalu.

Namun katanya, ia akan diawalkan dan akan berlangsung selama 10 hari melibatkan golongan dewasa termasuk kakitangan kesihatan dan pekerja seks di enam wilayah Congo.

Pada hari Selasa, Congo menerima 50,000 dos vaksin mpox yang telah didermakan oleh Amerika Syarikat.

Kacita Osao memberitahu Reuters, selain itu negara ini juga menerima sejumlah 265,000 dos vaksin daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah berkenaan masih tidak mencukupi untuk meliputi banyak kawasan di negara Afrika tengah itu.

“Perancis dan Belgium juga dijangka menyalurkan vaksin, namun jumlah dos hanya akan diketahui dalam minggu ini,” katanya.

Tambah beliau, Jepun sebelum ini berjanji untuk mendermakan 3.5 juta dos vaksin yang boleh diberikan kepada kanak-kanak, namun perbincangan masih diperlukan bagi tujuan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN