MOSTI alukan penglibatan swasta, kerajaan negeri bangunkan aeroangkasa - Utusan Malaysia

MOSTI alukan penglibatan swasta, kerajaan negeri bangunkan aeroangkasa

AMINUDDIN Hassim melakukan gimik penutupan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Selatan di Dewan Sultan Ibrahim UTHM, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak ke dalam bidang aeroangkasa termasuk pemain industri swasta dan kerajaan negeri.

Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, aeroangkasa merupakan antara bidang yang diberi penekanan kementeriannya pada tahun ini.

Justeru, penglibatan lebih ramai pihak bakal merancakkan lagi pembangunan bidang tersebut di negara ini.

“Sebelum ini ada beberapa negeri yang menunjukkan minat untuk membangunkan tapak pelancar. Jad, komitmen Sarawak untuk sertai bidang ini kita alu-alukan dan amat berterima kasih. 

“Di Malaysia ketika ini, kita ada lebih  70 syarikat swasta berasaskan bidang aeroangkasa,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Selatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Ruzairi Abdul Rahim; Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI, Ruziah Shafei dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr. Sharmila Mohamed Salleh.

Pada Julai lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dilapor berkata, Sarawak akan membuka pusat latihan aeroangkasa sebagai persediaan untuk terbabit secara serius dalam industri penerbangan.

Dalam pada itu, Aminuddin memberitahu, agensi di bawah MOSTI telah menubuhkan ‘Malaysia Space Industry Consortium’ (Masic) yang bertujuan melengkapkan lagi pelbagai aspek bidang aeroangkasa di negara ini.

“Antara ekosistem yang mereka harap untuk dibangunkan termasuk pembangunan, penubuhan akademi, tapak pelancar dan pelancaran roket,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN