Mohamad Haizan mengundi di SK Kg. Melayu - Utusan Malaysia

Mohamad Haizan mengundi di SK Kg. Melayu

MOHAMAD HAIZAN Jaafar menunjukkan jari yang dicelup dakwa selepai mengundi di SK Kampung Melayu, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu, di sini pagi ini.

Beliau yang diiringi Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.tiba di pusat tersebut pada pukul 10 pagi dan selesai mengundi 15 minit kemudian.

Berckap kepada pemberita selepas selesai mengundi, Mohamad Haizan bersyukur kerana proses pengundian berjalan lancar.

Ditanya mengapa lewat menunaikan tanggungjawab mengundi, beliau memberitahu menziarahi ibu mentuanya terlebih dahulu untuk memohon restu.

“Saya melawat ibu mentua yang uzur di Simpang Renggam sebelum datang ke pusat mengundi,” katanya yang lebih dikenali sebagai Coach Haizan.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Mohamad Haizan ditentang  calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya