Model perumahan awam baharu ganti PPR - Utusan Malaysia

Model perumahan awam baharu ganti PPR

NGA KOR MING bergambar (tengah) berlatarbelakangkan perumahan Residensi PR1MA sempena Majlis Penyerahan Kunci, Pelancaran Bomba Komuniti dan Program Sentuhan Kasih KPKT Residensi PR1MA Taman Pelangi Indah, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan  meluluskan model baharu perumahan awam yang dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menggantikan Projek Perumahan Rakyat (PPR), bermula tahun depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, PRR akan mula dilaksana di Larkin, di sini sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain di seluruh negara.

Menurutnya, model perumahan awam PRR itu dihasilkan setelah mengkaj perumahan awam di negara maju seperti Singapura, Australia dan Korea Selatan.

“KPKT mendukung hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina sehingga 500,000 unit kediaman perumahan awam.

“Sehubungan itu, Jemaah Menteri telah meluluskan penjenamaan semula PPR dinaik taraf menjadi PRR dengan pelbagai langkah penambahbaikan, ciri lebih mesra alam, kondusif, berdaya huni dan lebih bersepadu akan diperkenalkan bawah konsep baharu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci dan Pelancaran Bomba Komuniti Residensi Pelangi Indah, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.

Sebelum ini, Kor Ming memaklumkan saiz minimum bagi PRR ialah 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, KPKT telah memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi projek perumahan awam melibatkan kediaman PPR, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan  Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di seluruh negara, tahun ini.

“Di Johor, KPKT telah membina sehingga 26,662 unit kediaman perumahan awam hingga 31 Julai lalu menerusi beberapa agensi pelaksana di bawahnya,” jelasnya.

Terdahulu, dalam program tersebut, Kor Ming menyempurnakan program simbolik penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Pelangi Indah melibatkan 720 unit kediaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya