Minyak sawit mentah bernilai RM220,500 dirampas - Utusan Malaysia

Minyak sawit mentah bernilai RM220,500 dirampas

PIHAK berkuasa merampas minyak sawit mentah bernilai RM220,500 dalam serbuan ke atas sebuah premis di Permas Jaya, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Minyak sawit mentah bernilai RM220,500 dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis simpanan haram di Permas Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama anggota penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit  Malaysia (MPOB)  bermula pukul 12.30 tengah malam hingga 10.18 pagi.

“Dalam serbuan itu, pihak berkuasa telah menemukan sebuah stor yang dijadikan sebagai tempat simpanan minyak sawit mentah secara tidak sah.

“Antara yang ditemukan termasuk sebuah treler mengandungi minyak sawit mentah sebanyak 43,000 liter, sebuah lori dengan anggaran minyak sawit mentah sebanyak 10,000 liter dan sebuah treler dengan minyak sawit mentah sebanyak 5,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan  di sini hari ini.

Raub berkata,  minyak sawit mentah yang dirampas dianggarkan bernilai  RM220,500, manakala nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM465,111.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat kerana premis berkenaan tidak berpenghuni semasa serbuan dilakukan. Semua barangan dirampas  diserahkan kepada MPOB Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 78 Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) dan Peraturan 5 Perenggan 5(1)(B) akta sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya