Minuman keras lebih RM600,000 dirampas JKDM Pahang sehingga bulan ini - Utusan Malaysia

Minuman keras lebih RM600,000 dirampas JKDM Pahang sehingga bulan ini

MOHD. Asri Seman (dua dari kiri) menunjukkan minuman keras yang dirampas dalam sebuan di sebuah gudang di sekitar daerah Kuantan dalam sidang akhbar di Wisma Kastam di Kuantan, Pahang. - FOTO/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas minuman keras pelbagai jenis dan jenama melibatkan nilai termasuk cukai serta duti berjumlah RM638,216.17 sehingga bulan September tahun ini.

Rampasan membabitkan 13,557.07 liter minuman keras dengan anggaran nilai RM217,741.71.

Pengarah JKDM negeri, Mohd. Asri Seman berkata, susulan rampasan minuman keras tersebut, sebanyak 25 kertas siasatan dibuka dan seramai 14 individu sudah ditahan.

“Daripada 14 individu berusia antara 20 hingga 40 tahun itu, tiga dituduh di mahkamah dengan salah seorangnya sudah menerima hukuman manakala dua lagi masih dalah proses perbicaraan.

“Kesemua 25 kes berkenaan menggunakan modus operandi pelbagai kaedah seperti premis perniagaan, premis kediaman, gudang, kenderaan persendirian untuk tujuan pengedaran minuman keras tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata, antara 25 kes terbabit termasuk serbuan pada 4 September lalu sekitar pukul 4 petang yang mana Bahagian Penguatkuasaan JKDM Stesen Kuantan berjaya merampas minuman keras pelbagai jenis dan jenama disyaki tidak berkastam di sebuah gudang di sekitar daerah ini.

“Hasil serbuan itu JKDM merampas 1,671.84 liter dengan anggaran nilai RM11,702.88 membabitkan cukai dan duti terlibat dianggarkan berjumlah RM23,238.58. Kita masih menyiasat bagi mengesan pemilik gudang yang terlibat untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(c) Akta Eksais 1976.

Beliau turut menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya