PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak Sabah Barat dan Labuan sehingga Sabtu ini.
Met Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, keadaan itu menyaksikan angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata kenyataan itu hari ini.
Dalam pada itu, Met Malaysia juga mengeluarkan amaran bagi sektor perkapalan dengan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan angin kencang barat daya melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Reef North dan Palawan sehingga Sabtu.
Selain itu, angin kencang barat berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, barat laut dan tenggara Reef North, Layang-Layang, Labuan.
“Angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Condore, barat daya Reef North, Sulu
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata Met Malaysia.