Menara Taming Sari tawar diskaun sehingga 20 peratus

Menara Taming Sari tawar diskaun sehingga 20 peratus

NASRUL Ahmad menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan selepas menyempurnakan pelepasan Menara Taming Sari Fun Ride 3.0 di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini menawarkan diskaun antara 10 hingga 20 peratus kepada pengunjung berkumpulan untuk menaiki menara berputar itu sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad berkata, diskaun itu ditawarkan untuk menarik minat lebih ramai pengunjung menaiki menara ikonik berkenaan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Menurutnya, menjelang cuti persekolahan dari November hingga Disember, pihaknya membuat promosi besar-besaran bagi mencapai sasaran 700,000 pengunjung.

“Kita cuba pecahkan rekod kehadiran pengunjung menaiki menara ini yang dicatat pada 2012 iaitu mencecah hampir 800,000 pengunjung.

“Oleh itu sasaran untuk mencapai rekod pada 2012 mampu dicapai dengan promosi besar-besaran dan pelbagai program dianjurkan bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara,” katannya ketika ditemui selepas Menara Taming Sari Fun Ride 3.0, semalam.

Tambah Nasrul, sepanjang tempoh lapan bulan lalu, kehadiran pengunjung menaiki menara setinggi 80 meter itu yang direkodkan adalah berjumlah 400,000 orang.

“Tahun lalu kehadiran pengunjung mencecah 550,000 orang menaiki ikon pelancongan yang beroperasi sejak 16 tahun lalu. Insya-Allah sasaran lebih 700,000 pengunjung dapat kita capai dan tidak mustahil juga ia mampu mencecah 800,000,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN