Melaka Smart Parking satukan semua PBT

Melaka Smart Parking satukan semua PBT

RAIS Yasin mengangkat sijil pengiktirafan MBOR pada Program MBOR World Clean Up Day 2024 MBMB di Dataran Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Aplikasi Melaka Smart Parking yang bakal menggantikan SVP Smart Parking bermula Oktober ini akan menyelaras sistem pembayaran parkir melibatkan empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, peralihan itu akan memudahkan orang ramai terutama pelancong membuat pembayaran parkir tanpa perlu menggunakan pelbagai aplikasi berbeza.

Ujarnya, pengguna SVP Smart Parking tidak perlu bimbang dengan baki kredit kerana ia bakal dipindahkan secara automatik apabila mereka mendaftar aplikasi terkini.

“Aplikasi baharu ini kita perkenalkan untuk menyelaras kesemua sistem pembayaran parkir melibatkan kesemua empat PBT di negeri ini.

“Sebelum ini, sistem pembayaran parkir milik PBT berbeza-beza, jadi kita satukan semua dalam satu aplikasi pintar baharu yang dapat memudahkan rakyat dan pelancong ke negeri ini, selain ia juga lebih efisien.

“Dari semasa ke semasa, kita akan terus membuat hebahan dan memberikan maklumat secara terperinci berhubung aplikasi baharu ini supaya ia sampai kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Malaysia Book Of Records (MBOR) World Clean Up Day 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran Klebang di sini, hari ini.

Tambah Rais, MBMB sekali lagi memecahkan MBOR selepas seramai 3,852 sukarelawan menyertai aktiviti pembersihan yang berlangsung di Pantai Klebang

Jelasnya, kejayaan itu turut memecahkan rekod lama dengan 2,072 peserta yang disandang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Insya-Allah, di peringkat kesemua PBT di negeri ini, kita akan terus memperkasa program pembersihan seperti World Clean Up Day ini dengan penglibatan segenap lapisan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya