Melaka kekal status tawar harga rumah terendah

Melaka kekal status tawar harga rumah terendah

AB. RAUF Yusoh merasmikan Penjualan Projek Kondominium Kota Syahbandar di Kota Laksamana, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka masih mengekalkan status sebagai negeri yang menawarkan harga rumah terendah di Malaysia iaitu pada harga purata RM233,255 berbanding harga purata direkodkan pada peringkat nasional.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) sehingga suku kedua tahun ini.

Menurutnya, laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan, sektor pembangunan perumahan di Melaka bagi 2023 mempamerkan prestasi dan pencapaian positif.

“Pemilikan rumah di Melaka adalah lebih baik iaitu 84.5 peratus jika dibandingkan dengan 76.5 peratus di peringkat nasional.

“Kerajaan negeri optimis menyasarkan pemilikan rumah di negeri ini dijangka terus meningkat sehingga 88 peratus menjelang 2030 di mana sekurang-kurangnya 4,191 unit rumah yang perlu dibina dalam tempoh setahun.

“Alhamdulillah, di Melaka hanya mencatatkan 514 unit rumah dengan nilai sebanyak RM210.14 juta yang tidak terjual berbanding di negeri-negeri lain yang mencatat hartanah tidak terjual melebihi angka 2,900 unit di setiap negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Penjualan Projek Kondominium Kota Syahbandar di Kota Laksamana di sini, hari ini.

Tambah Ab. Rauf, Kondominium Kota Syahbandar telah mencapai tahap pembinaan 65 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2025.

Menurutnya, kondominium tersebut bakal menawarkan sebanyak 306 unit service apartment yang terdiri daripada jenis studio berkeluasan 474 kaki persegi sehingga unit yang terbesar jenis dual key dengan keluasan 1,152 kaki persegi.

“Saya kagum dengan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan iaitu bertaraf lima bintang
dengan kelengkapan berkualiti tinggi bagi setiap unit service apartment dengan harga bermula daripada RM258,000,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN