MCA pastikan kaum Cina keluar mengundi, Syed Hussien pilihan terbaik - Ka Siong - Utusan Malaysia

MCA pastikan kaum Cina keluar mengundi, Syed Hussien pilihan terbaik – Ka Siong

WEE KA SIONG (dua dari kanan) dan Syed Hussien Syed Abdullah (kanan) menemui pengundi di sebuah kopitiam semasa mengadakan 'walkabout' di bandar Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: MCA akan memastikan para pengundi termasuk kaum Cina keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, sama ada mereka tinggal di kawasan DUN Mahkota atau di kawasan sekitar, pihaknya akan berusaha membawa mereka menunaikan tanggungjawab tersebut.

Katanya, jentera MCA akan melakukan apa juga pendekatan bersesuaian bagi memastikan mereka boleh dibawa keluar mengundi pada 28 September ini.

“Perkara ini perlu berikutan kira-kira 52 peratus pengundi sama ada Cina, India atau Melayu yang tinggal di luar kawasan DUN Mahkota, terutamanya di Mengkibol dan Paloh. 

“Langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah ini perlu difikirkan lebih awal agar dapat dilaksanakan dengan sempurna pada hari pengundian nanti,” katanya selepas membantu calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah berkempen di pusat bandar Kluang, di sini.

Dalam pada itu, Ka Siong mengakui pakej lengkap dimiliki Syed Hussien sebagai wakil rakyat yang dimahukan rakyat membolehkan wakil  calon BN itu sebagai pilihan terbaik untuk memenangi  PRK berkenaan.

“Syed Hussien mempunyai ciri-ciri ‘kemalaysiaan’ terutamanya dalam menarik sokongan pengundi Cina di DUN Mahkota. Pengundi Cina, pertamanya lebih melihat ketokohan, kedua dari segi bahasa tiada kekangan langsung untuk berbahasa Mandarin. 

“Ketiga beliau faham budaya dan pernah jadi Ahli Majlis (Majlis Perbandaran Kluang) dan belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), jadi tiada masalah,” katanya.

Syed Hussien juga mampu menawan hati pengundi kerana wataknya yang merendah diri dan boleh berdamping dengan semua masyarakat sama ada Melayu, India dan Cina.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya