Maqis rampas keli salai berkulat - Utusan Malaysia

Maqis rampas keli salai berkulat

PEGAWAI penguat kuasa Maqis menunjukkan keli salai yang dirampas ketika cuba dibawa masuk di laluan Terminal Feri, Jeti Penumpang Port Dickson, minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sebanyak enam kilogram keli salai yang sudah berkulat yang cuba dibawa masuk ke negara ini di laluan Terminal Feri, Jeti Penumpang Port Dickson, di sini, minggu lalu.

Maqis dalam satu kenyataan memberitahu telah menahan kemasukan ikan berkenaan dari Dumai, Indonesia selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguat kuasa pada 19 September.

“Pegawai pemeriksa yang bertugas berkata penahanan itu dibuat susulan produk tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen pengimportan yang sah seperti permit import yang dikeluarkan oleh Maqis dan sijil kesihatan dari negara asal. 

“Selain itu, melalui pintasan secara fizikal yang dilakukan, keli salai tersebut juga didapati berkulat dan rosak dan mungkin berisiko kepada kesihatan individu yang memakannya.

“Individu yang terlibat membawa masuk produk keli salai yang tidak mempunyai permit yang sah ini diminta untuk menyerahkannya secara sukarela dengan memasukkan ke dalam ‘quarantine bin’ yang disediakan dan tatacara pelupusan akan dilakukan mengikut kaedah yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Maqis memaklumkan individu yang ingkar boleh dihadapkan prosiding undang-undang mengikut Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN