Manifesto calon PN diumumkan esok? - Utusan Malaysia

Manifesto calon PN diumumkan esok?

MOHAMED AZMIN Ali (kanan) menghadiri ceramah kelompok di PDM Taman Ilham, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Manifesto calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir dan dijangka diumumkan esok atau lusa.

Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PN masih mengadakan perbincangan untuk melihat apa lagi isu yang boleh dibawa sebelum diumumkan dan  sebahagian daripadanya sudah disebut oleh calon dan kepimpinan PN sebelum ini.

“Seperti diketahui, DUN Mahkota adalah sebuah kerusi yang kecil di Johor dan sudah pasti suara kita untuk DUN ini penting pada sidang DUN Johor kelak.

“Jadi, kita nak melihat beberapa isu besar yang boleh diangkat oleh wakil kita di DUN Johor sekiranya dia (Mohamad Haizan Jaafar) dipilih menjadi wakil rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi  (PDM):Taman Ilham, di sini yang turut dihadiri Pengerusi PN Johor, Datuk Dr .Sahruddin Jamal dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menafikan wujudnya boikot kempen calon PN daripada Bersatu itu.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang itu memberitahu, jentera Pas sudah lama berada di DUN Mahkota sebaik selesai muktamar di Pahang beberapa hari lalu.

“Saya dah jawab sebelum ini yang mana pada hari Sabtu, Pas ada muktamar di Pahang. Tarikh (muktamar) sudah ditetapkan lebih awal daripada PRK ini, kita hormati. Tetapi Pas pusat mengambil keputusan yang cukup positif menghantar Datuk Nik Mohd. Amar (Abdullah) sebagai wakil, malah Datuk Seri Takiyuddin (Hassan) memberitahu saya, mengarahkan semua pimpinan Pas Johor tidak perlu hadir ke muktamar.

“Bemula Pesuruhjaya Pas, Pemuda, Muslimat dan mereka semua berada di sini (Mahkota) sejak hari pertama  Jadi, tidak timbul soal boikot dan selesai muktamar, mereka kembali bertugas di DUN Mahkota, semalam sahaja hampir 100 petugas Muslimat Pas tiba untuk membantu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN