Malaysia capai 43 peratus indikator SDG - Utusan Malaysia

Malaysia capai 43 peratus indikator SDG

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia mencapai sekitar 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), setakat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan agak baik itu berbanding pencapaian dunia yang puratanya sekadar 17 peratus.

” Maknanya kita sudah mendepani, tetapi apabila ada perbincangan saya menyatakan jangan buat ukuran begitu. Itu hanya memberi sedikit petanda tetapi kita harus tanya pertamanya apakah tahap pencapaian Ekonomi Madani dan SDG ini suatu yang perlu bagi negara dan bagi manusia.

“Sekiranya jawapan itu perlu, maka kita harus bergegas dengan upaya yang lebih untuk mencapai prestasi lebih baik.

“Itu bagi saya tanda aras kita. Walaupun kita bangga kerana pencapaian 43 peratus ketimbang 17 peratus yang dicapai secara purata itu sudah satu tahap yang sangat menggalakkan,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kejayaan Malaysia berbanding negara lain hanyalah kejayaan relatif.

“Saya percaya jika, ia adalah soal keyakinan, maka kita harus melakukan apa sahaja yang perlu sebaik mungkin untuk memastikan kita mencapai matlamat ini dengan cara yang paling menakjubkan.

“Ini kerana itu adalah petanda tentang maksud Ekonomi Madani. (Ia) adalah tentang kelestarian, ihsan dan belas kasihan serta menghargai keperluan untuk terus hidup sebagai sebuah negara, sebagai manusia.

“Ini bermakna dalam masa pasca normal ini untuk memastikan kita menangani isu-isu ini, dengan kelajuan dan kepantasan yang dianggap belum pernah terjadi sebelumnya, dan yang diputuskan berdasarkan kepentingan kelangsungan hidup negara dan umat manusia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya