Malam Puisi Mengukir Bangsa deklamasi sajak pelbagai bahasa

Malam Puisi Mengukir Bangsa deklamasi sajak pelbagai bahasa

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) bersama para pendeklamasi sajak termasuk dari luar negara dan pelajar Sekolah Seni Kuala Lumpur dalam majlis Malam Puisi Mengukir Bangsa di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Enam pendeklamasi dari luar negara memperlihatkan bakat dengan menyampaikan sajak dalam bahasa ibunda masing-masing pada Malam Puisi Mengukir Bangsa sempena penganjuran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu ketiga di sini, baru-baru ini.

Mereka ialah Dr. Kang Myoung Sook dari Korea Selatan, Ghana diwakili Profesor Madya Dr. Ali Salman (Ghana), Dr. Suraiya Chapakiya (Thailand), Indonesia diwakili Penolong Profesor Dr. Inda Gumilang (Indonesia), Dr. Nazirul Mubin Ahad (Brunei) dan S.M. Husin (Singapura). 

Turut mendeklamasikan sajak adalah penyair tempatan, antaranya Joanne Duke dengan Bara Bidayuh dalam bahasa Bidayuh; Orang Asli, Eris Josha Chew (Alam Harik Adeh Ru Huper); Ahmad Syukri Abdullah (Bangsa Merdeka); Nazirul Mubin Ahad (Bahasa Melayu, Bahasa Bangsa); Nazirul Mubin Ahad (Rindu dan Semangat).

Selain itu, Sharron Loganadzan (Citra Perpaduan) dan Suraiya Chapakiya (Bahasa Membina Umat); Ali Salman (Bahasaku Bahasa Malaysia); aktivis sosial, Tian Chua menyampaikan  Pamitan dan Keajaiban manakala Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendeklamasi Reformasi atau Revolusi

Paling istimewa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mendeklamasikan puisinya berjudul Mengukir Bangsa

Turut dipersembahkan lagu dan tarian tradisional oleh penari-penari dari Sekolah Seni Kuala Lumpur. 

Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu dan Malam Puisi Mengukir Bangsa dianjurkan bersama oleh Ikhtisas Kepimpinan Kamarazaman; Kursi Pengajian Melayu dan Peradaban Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob; Asia Lecturers & Teachers Community Indonesia; Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) Thailand serta Rajamangala University of Technology Thanyaburi dengan Kerjasama Pejabat Perdana Menteri Malaysia Kesembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya