MAHA 2024: Teknik tanaman tanpa matahari diperkenal - Utusan Malaysia

MAHA 2024: Teknik tanaman tanpa matahari diperkenal

TEKNIK pertanian moden mencuri tumpuan pengunjung di MAHA 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 menampilkan teknik pertanian baharu yang boleh dimanfaatkan oleh pengunjung terutama mereka yang duduk di kawasan bandar.

Penyelaras perniagaan Fajar Saintifik, Nadia Zunaidi berkata, kaedah pertanian moden iaitu secara hidroponik atau secara dalam bangunan perlu diperkasakan bagi meningkatkan sumber bekalan makanan tanpa bimbang tentang cuaca.

Menurut beliau, penanaman dalam bangunan kini sudah menunjukkan keistimewaannya tersendiri dan dipercayai dapat meningkatkan minat golongan belia dalam sektor pertanian.

Ini kerana, jelasnya, proses pertanian tersebut lebih memudahkan penggunanya kerana mempunyai sifat separuh automatik.

“Kita boleh mengawal pencahayaan dan suhu secara optimum.

“Penanaman sayuran beriklim sejuk memerlukan suhu sekitar 20 hingga 25 darjah celcius, penanaman dalam bangunan membantu kita mengawal tanaman,” katanya ketika ditemu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

MAHA 2024 kini berlangsung sehingga 22 September ini.

MAHA 2024 bertemakan Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan merupakan pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara yang menyediakan lebih 2,000 ruang jualan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam sepanjang 12 hari berlangsung.

Mengulas lanjut, Nadia berkata,teknik tanaman dalam bangunan itu juga membolehkan hasil dapat dituai dengan lebih cepat berbanding melalui teknik tanaman secara tradisional.

“Jangka masa pertumbuhan tanaman dalam bangunan mengambil masa sekitar 20 hingga 25 hari manakala tanaman tradisional sekitar 40 hingga 45 hari.

“Antara tanaman hidroponik yang boleh ditanam dengan kaedah ini ialah pokok salad, kailan, pasli, pak choy dan selasih,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN