MAHA 2024 catat lebih lima juta pengunjung - Utusan Malaysia

MAHA 2024 catat lebih lima juta pengunjung

SUASANA sekitar MAHA 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, yang terus dipenuhi pengunjung. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 merekodkan lebih lima juta pengunjung.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, data itu dicatatkan setakat pukul 12 tengah hari, semalam.

Katanya, jumlah itu melepasi sasaran kedua selepas pameran itu mencatat jumlah lebih tiga juta pengunjung pada hari kelapan selepas dibuka.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi (semalam), kita sudah catat lebih lima juta pengunjung.

“Angka-angka ini bukan sekadar statistik, mereka adalah cerminan bahawa MAHA terus menjadi acara utama negara, memikat perhatian ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan MAHA 2024 di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini semalam.

Dalam pada itu, sebuah kereta jenis Perodua Axia juga diberikan bagi meraikan pengunjung ke lima juta, tajaan Agrobank.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN