Liga Hoki Sekolah-Sekolah NS Bawah 14 tahun libatkan 340 pemain - Utusan Malaysia

Liga Hoki Sekolah-Sekolah NS Bawah 14 tahun libatkan 340 pemain

MASRI Razali (barisan belakang, tengah) bergambar bersama para pemain selepas perlawanan akhir Liga Hoki Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Bawah 14 Tahun (U14) di Seremban semalam.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan hoki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin dinobatkan juara kategori lelaki Liga Hoki Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan Bawah 14 Tahun dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Seremban 2 di sini semalam.

Pasukan itu menewaskan Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir dengan jaringan 3-0.

Kejohanan anjuran Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) itu menyaksikan Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Za’ba meraih tempat ketika manakala SMK St. Paul menduduki tempat keempat.

Sementara itu, SMK Za’ba meraih juara bagi kategori perempuan selepas menewaskan SMK Tunku Besar Tampin dengan jaringan 4-0.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 12 Tahun (U12) dan keempat, SMK Tunku Besar Tampin. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PHNS, Datuk Masri Razali yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Yang turut hadir, Naib Presiden PHNS, M. Gobinathan dan Setiausaha PHNS, P. Tamil Selvan. 

Lebih 340 pemain hoki yang mewakili sebanyak sembilan pasukan lelaki dan lapan pasukan perempuan dari seluruh negeri ini mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN