Lelaki warga Myanmar menipu disamun, elak kegiatan seludup PATI terkongkar

Lelaki warga Myanmar menipu disamun, elak kegiatan seludup PATI terkongkar

PATI warga Myanmar yang ditangkap penduduk kampung selepas didakwa terlibat dalam kes samun di Kampung Batu Karang, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Taktik seorang warga Myanmar yang sanggup menipu dengan mendakwa dia dan keluarga disamun lima lelaki serta seorang wanita dalam kejadian di Kampung Batu Karang, di sini bagi mengaburi kegiatannya melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas ditahan polis semalam.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan selepas polis mendapati wujud percanggahan berkait laporan kejadian samun hasil siasatan yang dilakukan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, terdahulu pihaknya telah menerima laporan berkait kejadian itu daripada mangsa semalam pada pukul 10.23 malam yang mendakwa dia bersama isteri dan anaknya telah disamun oleh lima lelaki serta perempuan yang tidak dikenali dengan memakai topeng dengan dengan membawa sebilah pisau.

Menurutnya, salah seorang suspek telah bertindak mengacukan pisau di leher anaknya dan mengugut meminta wang sebanyak RM10,000.

“Ekoran kejadian, tangkapan terhadap tiga daripada enam suspek berjaya dilakukan dengan bantuan penduduk kampung.

“Ketiga-tiga suspek lelaki tersebut merupakan warganegara Myanmar yang berusia antara 18 hingga 20 tahun telah diserahkan kepada pihak polis dengan terdapat kesan cedera akibat dipukul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kama Azural memberitahu, hasil siasatan yang dilakukan mendapati wujud percanggahan berkait kejadian samun sebagaimana yang dilaporkan mangsa.

Katanya, siasatan lanjut mendapati mendapati mangsa menjadikan kediamannya sebagai rumah perlindungan kepada PATI yang ditangkap selepas didakwa terlibat dalam kejadian itu.

Ujarnya, pada masa sama mangsa mengaku telah mereka cerita mengatakan dia telah disamun apabila kesemua PATI telah melarikan diri dari
rumahnya.

“Tindakan itu bertujuan mengaburi perbuatannya melindungi PATI tersebut.

“Susulan itu mangsa bersama isteri serta kakaknya telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penyeludupan PATI ke negara ini,” katanya.

Kama Azural berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Sebelum itu, tular di aplikasi Whatsapp semalam berkaitan tangkapan warganegara asing yang disyaki terlibat dengan kes samun di Batu Karang, Rantau Panjang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN