Lelaki warga emas nyaris maut terperangkap dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas nyaris maut terperangkap dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas nyaris maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah banglo di Jalan SS 3/52, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan bomba dapat menyelamatkan nyawa lelaki itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 6.57 pagi.

Kata beliau, seramai 21 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya, Damansara serta Penchala digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan sebuah banglo dua tingkat yang mana tingkat bawah rumah terbakar 50 peratus.

“Mangsa terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerja-kerja pemadaman dijalankan di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN