Lelaki 'sumbat' lebih 600 peket gula dalam kereta untuk diseludup ke Thailand

Lelaki ‘sumbat’ lebih 600 peket gula dalam kereta untuk diseludup ke Thailand

KERETA yang digunakan suspek untuk menyeludup gula berjaya ditahan PGA semasa serbuan di Kampung Pulau Ular, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tindakan seorang lelaki menyumbat lebih 600 peket gula di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja untuk diseludup ke Thailand gagal selepas kegiatan itu dipatahkan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di Kampung Pulau Ular, di sini semalam.

Serbuan pukul 9 pagi itu dilakukan selepas anggota PGA yang sedang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan telah terserempak dengan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sejurus menyedari kehadiran anggota pasukan itu suspek telah bertindak melarikan diri dan meninggalkan kereta miliknya di tepi jalan. 

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan 600 paket gula di dalam kereta tersebut.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan termasuk kereta berjumlah RM 18,680,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, barangan rampasan itu akan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN