Lelaki menyamar anggota PGA positif dadah

Lelaki menyamar anggota PGA positif dadah

KERETA yang digunakan oleh suspek untuk menyamar sebagai anggota PGA dirampas dalam serbuan di Taman Neting, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Tindakan seorang lelaki yang positif dadah menyamar sebagai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terbongkar selepas di tahan dalam serbuan di Taman Sri Neting di sini semalam.

Suspek itu berjaya ditahan pada pukul 11 pagi susulan PGA menerima maklumat daripada beberapa orang penduduk yang menjadi mangsa kepada lelaki berkenaan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil serbuan pasukannya berjaya merampas sebuah motosikal jenis Yamaha dan kereta jenis Perodua yang digunakan oleh suspek.

Menurutnya, saringan awal ujian air kencing  mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM15,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Suspek dan barangan rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyamaran dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya